Wednesday 14 May 2014

PD Seri Bayu Beach Resort

 20 April 2014
Bermula dengan pelan nak keluar makan malam, tetiba boleh jadi trip tergempar sampai ke PD. Kebetulan time krisis air di Kajang, terus jadi alasan utama untuk bawa anak-anak mandi manda di pantai.

Yang dokleh nok terima dek akalnya, check in kul 1215 tengah malam! Haha.. gilo...

Abang Zariff jalankan tugas "riki" bilik dulu.. Selamat la tu!
Dah sampai pun tengah malam, agenda pertama apalagi kalo bukan tidur! Kakak dengan Abang Zariff satu bilik, Mak, Abah ngan Baby Ika satu bilik..

Isi minyak dulu... 

Kakak la yang paling excited!
Tembakan suasana malam Lensa GF5 dari koridor kami
Akhirnya... kul 2 lebih baru nak tidur.. Nangis tak berenti... Ayatul Kursi ubatnya...


Biasalah bila travel tengah-tengah malam cari pasal, akibatnya Baby Ika buat hal taknaknya tidur pulak.. jenuh dipujuk diulit, akhirnya lena dengan 7 bacaan Ayat Kursi dan Azan. Alhamdulillah...

Pagi... Bekpes dulu boh.. Not bad jugak la hidangan sarapan kat Seri Bayu ni. Yang paling menarik - Kari Kambing! 

Layan mee goreng...

Nasi Lemak Kari Kambing... terbaik!

Senyum meeweekkk!

Bekpes sudah... mulalah menuntut janji. Asalnya nak mandi kolam je, tapi tengok "sesak" sangat terus lajak ke pantai. Masa untuk hiburkan anak-anak...

Keadaan pantai Port Dickson - walaupun tak secantik pantai Terengganu, kira bolehlah untuk lepak dengan anak-isteri

Abang Zariff dah mula hilang kawalan! haha...

Kakak main pasir...

Gali jangan tak gali...

Seronok tengok gambar ni...

Penat-penat Kakak buat castle, dia bleh main siram-siram pulak!

Abah tak bawak baju lebih, jadi tengok dari jauh je la sambil "menembak"

Agenda akhir sebelum balik - kerjakan semua sabun-shampoo yang ada kt bilik air... hahaha...


Alhamdulillah... selesai menunaikan janji dan keinginan anak-anak. Lepas check out terus balik Kajang. Penat - dalam kepala cuma satu, sampai rumah kang terus tidur!!!




Monday 1 July 2013

Kambing Kerbau Kucing... Snap!

Salam semua...

Lama sungguh tergendala lensadiri. Bukan takdak bahan. Ada tapi malas. Penyakit yang sememangnya susah nak cari ubat, hanya azam yang kuat saja yang boleh melawannya...

Bukak album photoshoot yang lama-lama, terjumpalah beberapa gambar haiwan peliharaan ayahanda di kampung - Terengganu... 
Kepala kambing - haiwan peliharaan kesayangan ayahanda

Senyum je bilamana dijenguk dengan rumput hijau

Rupa inilah yang buat Kakak Firah lari ketakutan!

Seni Kambing...

Kerbau Ayahanda... sawah padi yang dulu jadi tempat kami sekeluarga bergeluman selut kini menjadi "tanahair" sang kerbau

Contrast tak berapa cantik - tapi cukup sekadar menambah emosi lensa

Matahari dah meninggi - carikan daku tempat berteduh

Oooo... inilah nasibku!


Balik shooting kerbau, ternampak plak kucing Mek Yam... snappp!

Harapnya ada yang suka la dengan gambar yang tak seberapa ni..

Insya Allah akan menyusul lagi tembakan-tembakan yang lain...



Sunday 21 October 2012

Santai di Pantai Klebang, Melaka

Dah lama tak bawak anak isteri keluar macam sebelum ni. Maklumlah setiap hujung minggu sibuk dengan program masyarakat. Oppss! Yang itu tak perlu mengeluh. InsyaAllah hisab neracaNya yang akan menentukan. Jadi dikesempatan yang berkebetulan petak kalendar untuk sabtu itu kosong, aku terus memekik pada Kakak Firah dan Adik Zariff untuk mandi, bersiap - kita pegi jumpe PokYah! Jom...
Mak dan Kakak dimamah D90 di Surau ADTEC
 Walaupun sampai agak lewat, ditambah hujan renyai tak putus dari Kajang sampai ke Taboh Naning, tetap tidak mematahkan semangat Adik Zariff untuk bergumbira. Sampai di tempat Alias sudah menjangkau waktu Zuhur, lantas solat dulu sambil Sang Isteri siapkan apa yang patut untuk kedua Puteri -Puteranya. Sempat lagi  memberikan pose yang sememangnya agak jarang dirakam emosi mereka bertiga dalam satu rasa. 

Adik Zariff sudah tidak sabar untuk meneruskan perjalanan
Cabaran yang paling ketara untuk grup photo bersama Adik Zariff - dokleh duk ddiang weh!
 Pada awal lagi sebenarnya kami tiada hala tuju. :-) Cadangnya hanya sekadar ronda-ronda Bandar Melaka. Tambah pulak hujan masih renyai. Perut dah lapar, layan asam pedas dulu. Malas nak tunjuk gambar makan - sebab makanannya amatlah hampeh! :( Maaflah yer akak asam pedas yang kureng asam tu...
Selesai makan, hujan sudah reda, terus menekan minyak menghalakan arah tayar kereta ke Pantai Klebang - nampak macam happening... Dari jauh Kakak Firah dah mintak dibelikan layang-layang. Oklah, kita pakat layan layang-layang dululah... Jom..

Dah lama tak main layang-layang, abah tak reti, kita serah pada PokYah la yer Kak
Sambil menanti Alias menyediakan layang-layang, Emak melayan Adik Zariff yang dah mula excited main pasir. Hahaha... adik ni campak kat mana pun dia tak kisah.. Haaa.. layang-layang dah siap, tapi bukan Kakak Firah yang main - Emaknya pulak yang over!!! 
Mari kita cuba, boleh terbang ke tak ni?
Hai.. over pulak yer? Layan jer la Yang..

Layan Adik Zariff main pasir - Emak macam boring je Dik..
 Rasanya inilah kali pertama Adik Zariff dapat main pasir pantai. Jadi itulah sebabnya lensa lebih banyak terarah pada Adik Zariff. Merakam pelbagai aksi dan karenahnya memang berbaloi. Sampaikan Abah terlupa pada Kakak Firah! Sori yer Kak...
Memula macam segan-segan jer.. pastu..

Tabur lagi Dik, tabur...

Kakak berlagak nak tunjuk skill buat "istanaaa" tapi tak jadi..hahaha..

Entah mana Adik Zariff dapat penutup botol tu - buat cupcake!
 Agak lama jugak melepak kat pantai ni. Sampai la acara kemuncaknya - gali lubang! Idea Abah tapi yang buatnya PokYah. Haaa.. gali PokYah, gali lagi.. Adik Zariff pun cuba-cuba nak korek jugak. Walaupun dia sebenarnya tak tahu apa tujuan lubang tu... hahaa.. mari kita tengok sapa yang kena!!!
Korek la Dik.. macam PokYah buat ni haaa...
 Akhirnya, misi ditamatkan. Adik dapat "ditanam" dengan jayanya! Dengan muka selamba macam tak ada perasaan, maka inilah hasil snap paling menarik dan paling bersejarah hari ini! Sayang Adik Zariff, Sayang Kakak Firah, Sayang Emak, Sayang Semua!!!!!
Oh tidak! Adik dokleh gerok doh ning!!!
Selesai misi bawak derang berjalan... Harap dapatlar menggembirakan kalian. InsyaAllah dalam masa terdekat Abah akan tunaikan HASRAT besar Kakak Firah dan Emak tu... Sebelum Maghrib terus bergerak hantar PokYah ke ADTEC kemudian meluncur ke Kajang - malam kang game Man U abah!!!