Sunday 21 October 2012

Santai di Pantai Klebang, Melaka

Dah lama tak bawak anak isteri keluar macam sebelum ni. Maklumlah setiap hujung minggu sibuk dengan program masyarakat. Oppss! Yang itu tak perlu mengeluh. InsyaAllah hisab neracaNya yang akan menentukan. Jadi dikesempatan yang berkebetulan petak kalendar untuk sabtu itu kosong, aku terus memekik pada Kakak Firah dan Adik Zariff untuk mandi, bersiap - kita pegi jumpe PokYah! Jom...
Mak dan Kakak dimamah D90 di Surau ADTEC
 Walaupun sampai agak lewat, ditambah hujan renyai tak putus dari Kajang sampai ke Taboh Naning, tetap tidak mematahkan semangat Adik Zariff untuk bergumbira. Sampai di tempat Alias sudah menjangkau waktu Zuhur, lantas solat dulu sambil Sang Isteri siapkan apa yang patut untuk kedua Puteri -Puteranya. Sempat lagi  memberikan pose yang sememangnya agak jarang dirakam emosi mereka bertiga dalam satu rasa. 

Adik Zariff sudah tidak sabar untuk meneruskan perjalanan
Cabaran yang paling ketara untuk grup photo bersama Adik Zariff - dokleh duk ddiang weh!
 Pada awal lagi sebenarnya kami tiada hala tuju. :-) Cadangnya hanya sekadar ronda-ronda Bandar Melaka. Tambah pulak hujan masih renyai. Perut dah lapar, layan asam pedas dulu. Malas nak tunjuk gambar makan - sebab makanannya amatlah hampeh! :( Maaflah yer akak asam pedas yang kureng asam tu...
Selesai makan, hujan sudah reda, terus menekan minyak menghalakan arah tayar kereta ke Pantai Klebang - nampak macam happening... Dari jauh Kakak Firah dah mintak dibelikan layang-layang. Oklah, kita pakat layan layang-layang dululah... Jom..

Dah lama tak main layang-layang, abah tak reti, kita serah pada PokYah la yer Kak
Sambil menanti Alias menyediakan layang-layang, Emak melayan Adik Zariff yang dah mula excited main pasir. Hahaha... adik ni campak kat mana pun dia tak kisah.. Haaa.. layang-layang dah siap, tapi bukan Kakak Firah yang main - Emaknya pulak yang over!!! 
Mari kita cuba, boleh terbang ke tak ni?
Hai.. over pulak yer? Layan jer la Yang..

Layan Adik Zariff main pasir - Emak macam boring je Dik..
 Rasanya inilah kali pertama Adik Zariff dapat main pasir pantai. Jadi itulah sebabnya lensa lebih banyak terarah pada Adik Zariff. Merakam pelbagai aksi dan karenahnya memang berbaloi. Sampaikan Abah terlupa pada Kakak Firah! Sori yer Kak...
Memula macam segan-segan jer.. pastu..

Tabur lagi Dik, tabur...

Kakak berlagak nak tunjuk skill buat "istanaaa" tapi tak jadi..hahaha..

Entah mana Adik Zariff dapat penutup botol tu - buat cupcake!
 Agak lama jugak melepak kat pantai ni. Sampai la acara kemuncaknya - gali lubang! Idea Abah tapi yang buatnya PokYah. Haaa.. gali PokYah, gali lagi.. Adik Zariff pun cuba-cuba nak korek jugak. Walaupun dia sebenarnya tak tahu apa tujuan lubang tu... hahaa.. mari kita tengok sapa yang kena!!!
Korek la Dik.. macam PokYah buat ni haaa...
 Akhirnya, misi ditamatkan. Adik dapat "ditanam" dengan jayanya! Dengan muka selamba macam tak ada perasaan, maka inilah hasil snap paling menarik dan paling bersejarah hari ini! Sayang Adik Zariff, Sayang Kakak Firah, Sayang Emak, Sayang Semua!!!!!
Oh tidak! Adik dokleh gerok doh ning!!!
Selesai misi bawak derang berjalan... Harap dapatlar menggembirakan kalian. InsyaAllah dalam masa terdekat Abah akan tunaikan HASRAT besar Kakak Firah dan Emak tu... Sebelum Maghrib terus bergerak hantar PokYah ke ADTEC kemudian meluncur ke Kajang - malam kang game Man U abah!!!