Sesekali melihat lanskap alam dalam dua warna - hitam putih - lebih memberi makna tentang sifat yang ada padanya |
Dan kedatangan ke sini, membuatkan diri ini kembali mengenali tautan antara laut dan kehidupan... amat besar pengorbanan mereka yang terdahulu demi sesuap rezeki membesarkan zuriat melebarkan sayap keturunan. Termenung mengintai alunan bot dibuai air muara memang mengasyikkan...
Olekan bot dibuai arus muara menanti detik masa berkhidmat pada yang empunya - moh, kelaut kite! |
Kuala yang surut pada senja menampakkan sifatnya yang tenang dalam menanti terjahan arus payau-masin |
Teruskan bermain anakku, kerana nun di Kajang tiada peluang kau ketemu pasir sebegini |
Dalam terik mentari, "menembak" bingkaian ini dirasakan amat mencabar pada yang baru bertatih seperti diri ini |
Hingga di sini Mersing... Jika digamit, aku pasti ke mari...
No comments:
Post a Comment